Friday, November 19, 2010

Laksamana Sunan!

Assalamualaikum w.b.t
Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang gemarkan novel?
Novel cinta...? aksi...? fantasi...? ...epik thriller??
bagaimana kalau semuanya sekali?

Maka, saya ada beberapa novel yang saya ingin cadangkan untuk anda.
Lagipu, pada masa cuti ini, wajarlah kita menggunakan peluang ini untuk mengurangkan stress dengan aktiviti yang tidak menjurus kepada masalah sosial.

Mungkin anda pernah mendengar nama novelis Epik Thriller no.1 tanah air iaitu Ramlee Awang Mursyid. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang novelis kreatif ini, bolehlah menjenguk ke laman web peminat RAM di http://www.kelabram.com


Siri trilogi 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu' dan 'Hijab Sang Pencinta' yang cukup terkanal disambungkan lagi dengan buku ke-4 iaitu 'Cinta Sufi'.

Saya telah membaca 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu' dan 'Hijab Sang Pencinta' pada tahun 2009 dan Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan mencari kesinambungan ceritanya, 'Cinta Sufi', saya telah berpeluang untuk membacanya.

Sejak daripada buku pertama lagi, saya telah 'jatuh cinta' dengan watak utama cerita ini iaitu Sifuddin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. Siapa yang tidak akan jatuh cinta kepada karektornya?

saya tidak ingin mengulas panjang kerana takut akan spoil cerita ini.

Bagi saya, buku ke-3 iaitu Hijab Sang Pencinta merupakan buku yang terbaik dalam siri ini. Buku ini telah berjaya membuatkan saya menitis air mata ketika selesai membacanya, dan ia merupakan buku pertama yang pernah menyentuh kalbu saya sehingga begitu sekali. Walaupun begitu, saya tidak menyesal membaca kesinambungannya.

Ramlee Awang Mursyid telah menerapkan banyak pengajaran dalam siri ini terutamanya pengajaran bercirikan keagamaan yang banyak ditunjukkan oleh Laksamana Sunan. Ia juga telah mengajar saya erti sebenar cinta.
Dalam siri ini, Ramlee Awang Mursyid telah berjaya mengimbangkan unsur aksi, fantasi, cinta, dan thriller.

Secara keseluruhannya, saya amat suka siri ini! :D

Buat pengetahuan anda, satu buku bernilai RM19.90, keluaran Alaf 21.

If I had ten thumbs, i'd give it 10 thumbs up!

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D