Sunday, January 2, 2011

Saya tak sabar nak ke sekolah!

Assalamualaikum w.b.t (sila baca dgn nada budak2 sekolah time cikgu masuk kelas). He he he.

Esok hari pertama saya akan ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 3. Sepatutnya hari ni, tapi dapat cuti sempena kemenangan Harimau Malaya dalam AFF Suzuki Cup 29 Disember 2010 yang lalu.

*epic gila kan dapat cuti hari pertama sekolah! lol

Nampak tajuk kat atas tu? nampak tak? tak nampak? ish ish ish, tak lama la tu. OK, berhenti merapu.
Tajuk post kali ni memang skema. Sebab memang saya seorang yang skema. =___=  tetapi saya bangga dengan ke-skema-an saya. ha ha ha. ngeng. 

Memang tak sabar nak ke sekolah! Jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu, belajar, tulis tulis dan terus menulis sampai tangan sakit... -__- kan best gitu. 

Mama dad Daddy selalu cerita pasal time kecik-kecik dulu. Al-kisahnya, sebelum masuk Sekolah Rendah Islam Pintar (kira SRIP tu macam tadika la), masuk pusat jagaan kat universiti tempat parents kerja kan, 1 bulan bayar RM300, tapi saya duduk kat situ 3 hari je :P 

nak tau sebab apa? sebelum saya start sekolah, dah banyak kali dah ikut parents hantar abang kat sekolah dia, sekolah dia ada meja, ada kerusi, etc etc etc... tapi, pusat jagaan ni, kerusi dan meja pun tak ada. hanya satu-satunya whiteboard kat situ pulak, 3 hari saya duduk sana, 'cikgu' tak pernah sentuh pun. Kalau tak silap, ade tertulis huruf 'ba' dalam bahasa jawi besar-besar. 
Budak-budak yang ada kat sana pun, budak-budak kecik. Buat apa? makan, tido, main, tu je. 
Mak kata setiap hari balik dari tempat tu, mulut tah berhenti komplen. ha ha kecik-kecik dah pandai komplen. :P 

Long story short, tiba la pulah jari pertama masuk SRIP. Budak-budak lain ramai yang nangis tak nak mak bapak tinggalkan kat situ. Tapi saya siap lambai lagi kat mak dah ayah "bai bai~!" ha ha pelajar terlampau cemerlang. 

Lepas 2 tahun kat SRIP, masuk SK Kompleks Gong Badak pulak. Masuk je kelas, usha orang. survey setiap manusia dalam kelas tu. Last-last pilih Eleeza, sejak hari tu, terus kawan baik! Alhamdulillah sampai sekarang tak pernah gaduh sekali pun :D walaupun kita tak rapat seperti dulu, kita tetap kawan. Syiok sangat berkawan dengan dia, sampai hari tu terlupa kena jumpa abang kat kantin masa rehat. hahaha!

Tersenyum pulak kalau terngat time kecik-kecik dulu. 
Nak cerita pasal first day sekolah menengah, tapi tak ada benda yang menarik terjadi. Wat letih jari je tekan-tekan butang keyboard nanti, esok kan nak sekolah, kene simpan tenaga lol

muka depan.
muka belakang.

sorry tak rotate -___-
sejak dari darjah 5 saya suka hias buku nota sendiri. :) 

Sebelum nak publish post, nak mintak tolong boleh tak?

Tolong doakan saya dan kawan-kawan saya berjaya dalam PMR 2011 ea?
Terima Kasih.

Moga Allah merahmati kita semua.

ingat DUIT ;)

D ->Doa
U ->Usaha
I -> Istiqamah 
T -> Tawakkal

2 comments:

  1. kak sofia, i think i've seen that book before O___O

    ReplyDelete
  2. LOL I used it in Form 4.. Maybe you've seen it in school :)

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :D