Tuesday, February 22, 2011

Kau ingat kau hebat kan? Please lah!

Assalamualaikum!

Amaran: Post ni mungkin mengandungi banyak unsur rezak dan nyenyes! 

Hmm, orang kata, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  Memang tepat sangat dengan post kali ni!

Sebelum tu, nak bagitau, aku ni memang la ceria selalu, tapi kalau aku marah, kau jangan main-main. Dah banyak kali dah dengar orang cakap "Kalau Sofia marah, haa..."  faham-faham la.

Pencetus amarah kali ni; Cik "aku-susah-sikit-nak-cakap-dengan-orang-macam-korang-sebab-aku-punya-martabat-ni-lagi-tinggi". Woh, panjang gila nama. baru perenggan ke-3 dah menyenyes. 

Dulu kau susah, kitorang jugak tolong. Sekarang, sanggup kau cakap depan muka kitorang "aku ni pengawas, susah sikit nak cakap dengan orang macam korang ni". 

"orang macam korang"? apa maksud kau? pelajar biasa? pelajar berbaju putih berkain biru? 

EXCUSE ME, YANG *BERHORMAT*, 

Perghh, tak tahan kau. Tak sampai dua bulan kau jadi pengawas. Itupun pengawas biasa ja, jawatan pun tak ada. Sedangkan Rasulullah SAW pun berkasih sayang dengan umatnya, kau nak cakap dengan kitorang pun susah? Kalau kau rasa macam tu, bagusla, kita tak kebulur pun nak cakap dengan kau. Ye la kan, jatuh martabat kau nanti.

Bluekk.

Nasib kautak cakap kat depan muka aku, kalau tak, on the spot jugak aku sound. Ni depan kawan-kawan aku, kawan-kawan yang sama jugak yang membantu kau dalam kesusahan selama ni. Dasar kacang melupakan kulit. Memang patut ah Matus sound kau haritu.

Masa balik berani pulak nak cakap dengan aku. Dalam hati, aku dah bagi kau penampar. Dalam hati.

"Yang berhormat": sedap eh menang kes tadi.
Aku: kes apa? *buat-buat tak tahu*
"Yang berhormat": Kes pagi tadi ah!
Aku: itu pun nak bangga. *jeling-jeling
"Yang berhormat": Bangga ah! Cikgu backup aku belaka tadi! Sedap molek!
Aku: doh, tahniah ah. *nada nyenyes + poker face*

Nasib la masa tu van dah datang nak bawa aku balik rumah. Memang masa tu bersyukur gila la boleh pergi dari situ.
Aku pun ada banyak benda yang aku boleh gunakan untuk buat ayat "susah sikit nak cakap dengan orang macam kau", banyak sangat, agak-agak boleh buat folio pasal semua tu.

Aku nak bagitau kau 1 fakta, engkau, akhir tahun ke-2 kau ada kat sekolah ni baru kau dapat tawaran. Itupun kena interview dulu! dahla tak diterima, kau nasib kau ada cable. Kalau tak, "martabat" kau tu, tak lebih dari kitorang, sedar sikit. Itu kau. 

Aku pulak, hari ke-2 aku kat sekolah kita ni, aku dah dapat offer. tanpa interview. Itupun straight daripada big boss. HARI ke-2 ya, bukan TAHUN ke-2. Bukan nak bangga, tapi macam tu la, kau kena sedar sikit, hanya sebab kau bergelar "pemimpin", tak semestinya kau tu lagi bagus dari kitorang. Aku pun pernah jadi pengawas la, aku dah rasa dah. Harap aku reject atas sebab-sebab peribadi. Urgh.

Kehormatan ni, sesuatu yang kita kena usaha untuk dapatkan. Memang la kitorang kena hormat kau atas nama kau ni pengawas, tapi sikit agak la, tak beri kita sehabuk sebab untuk hormat pun. Buat apa.

Badan pengawas ni, satu organisasi tau. Organisasi tak perlukan kau, tapi kau yang perlukan organisasi. Kau buat perangai macam ni, bukan setakat memberi impak kepada kau, tetapi seluruh anggota organisasi tau. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Tapi faham ni, aku tak ada masalah dengan badan pengawas, cuma makhluk ni ja( dan juga beberapa pihak yang saya rasakan agak berat sebelah ).

Aku tak kisah kau nak laporkan kesalahan kawan-kawan kita, malah, aku sokong la kau buat macam tu, menjalankan tugas la tu.

Tetapi,

kenapa kau pilih sape yang kau nak report, sape yang tak? pilih kasih betul. Kau pun kena kantoi jugak, tapi cikgu bagi kau peluang bagi alasan. Tak adil la. Member kita tu, tak diebri peluang untuk bagi alasan pun. Bagi aku, alasan kau pun patutnya tak boleh diterima. Tapi apakan daya, aku bukan cikgu disiplin. whatevs.

Kenapa kau kena tuduh pengawas lain bukan-bukan?  Kesian kat dia, dia tak buat apa-apa pun kat kau. Then, perkara remeh temeh pun nak mengadu kat cikgu. Cikgu tu sibuk, banyak kerja. Kitorang cakap baik-baik, kata kitorang serang. Manja ngat.

Aku kalau boleh nak dengar jugak your side of the story, tapi aku kenal kau, kalau kau cerita pun, bukannya nak cakap benar. Bukan aku nak kata kau ni penipu yang tak akan berubah sampai bila-bila, tapi kau kena usaha untuk menang balik kepercayaan aku. Aku dan nampak air mata kau banyak kali dah, pandai kau berdrama. Maybe kau lebih sesuai jadi pelakon berbanding dengan pemimpin.

Allah bersama-sama orang yang jujur. Sabar, kerana ia sebahagian daripada iman. Sengguhnya Allah mengetahui segalanya sama ada yang nyata ataupun yang tersembunyi :)

ok, sesi lepas perasaan tamat.
Sabar Sofia, sabar. Assabru minal Iman. 
*gosok2 dada* 
susah marah2 ni, cepat tua. nanti takde org kenang :P 

Dari aku sekolah rendah, Alhamdulillah, aku dah banyak berpeluang mengambil bahagian dalam kem-kem kepimpinan. Aku juga telah mendapat sedikit sebanyak petunjuk ajar daripada senior-senior sepanjang aku bergelar pemimpin.

Oleh sebab kita dah berada dalam konteks ni, aku nak kongsikan sedikit sebanyak input yang aku telah dapat. *buka buku nota tengok balik nota kem kepimpinan masa sekolah rendah*

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG UNGGUL DAN CEMERLANG
1. Seorang yang rajin berusaha, mengambil semua pengajaran sebagai iktibar, dan mempunyai minda yang cerdas.
2.Seorang yang dapat memikir lebih baik dari orang lain.
3.Seorang yang berpandangan jauh, berani dan kuat bersemangat, dihormati, diikuti dan dipuji.

*Sapa2 pemimpin yang membaca ni, harap dapat mengambil info ya :)

P  -> Prihatin: peka, ambil tahu, cakna.
E  -> Etika: mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi
M-> Muhasabah/memahami: mengakui kesilapan
I  -> Intelek: mempunyai daya fikiran yang baik
M-> Mendengar: Pendengar yang baik dengan aktif
P -> Pemaaf/peramah: baik budi pekerti
I  -> Ilmu: mencari dan mementingkan ilmu
N-> Niat/nekad: jujur dan berani

32 CIRI PEMIMPIN
  1. berilmu
  2. adil
  3. berkemampuan
  4. sahsiah
  5. model
  6. jujur
  7. sabar
  8. merendah diri
  9. menjaga masa
  10. bertanggungjawab
  11. berdisiplin dan beretika
  12. patuh
  13. puas hati dan bersyukur
  14. pemaaf
  15. melindungi yang lemah
  16. pemurah
  17. hormat agama, guru-guru dan lain-lain
  18. tidak sombong
  19. menerima teguran
  20. semangat berkumpulan
  21. menghargai dan menghormati kawan
  22. mengimbangi antara kuasa dan pengaruh
  23. sayang orang yang dipimpin
  24. diplomasi
  25. tegas dan azam kental
  26. misi dan wawasan
  27. peka/prihatin
  28. bijak dan berani membuat keputusan
  29. berkomunikasi
  30. komited dan cekal
  31. menerajui perubahan
  32. Iman dan taqwa

pengtahuan + kebijaksanaan + keadilan + kemuliaan - keangkuhan = kepimpinan

Namun, pemimpin tidak bersifat maksum. Pemimpin juga melakukan kesilapan. Harap-harap dengan beberapa nota ni, kita dapat meningkatkan kualiti kepimpinan dalam diri kita.

Time aku pemimpun dulu pun, aku ni bukannya pemimpin yang sempurna. 

Cik aku-susah-sikit-nak-cakap-dengan-orang-macam-korang-sebab-aku-punya-martabat-ni-lagi-tinggi, aku harap kau sedar diri cepat-cepat. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna.

Kita berdoa je la supaya Allah melembutkan hati semua yang tak puas hati dengan kau ( termasuk aku ), dan memberi kesedaran kepada kau.

Mudahan-mudahan perkara ini akan memberi pengajaran kepada kita semua. Pasti ada hikmah disebalik ini semua. Allahualam.

Bapak panjang post ni, -.-

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Wow. Panjang post. Tak apa. Cool down. :) Breathe in, breathe out. Relax ya :)

    " Jangan resah apabila ada yang membencimu, kerana ramai lagi yang menyayangimu. Tapi resahlah apabila Allah membencimu, kerana tiada siapa lagi yang akan mencintaimu di akhirat kelak. "

    Bersabar. Manusia tidak sempurna. Kadang-kadang kita buat salah silap. Tiada siapa yang akan lari daripada melakukan kesalahan. Saling memaafkan antara satu sama lain itu satu perkara yang mulia ;)

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
    "Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang itu dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah" [ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]


    So, apa-apa pun, kuatkan hati! :)

    ReplyDelete
  2. Thanks kak :)

    lepas tulis ni, dah senang sikit hati, puas dapat luahkan.

    Kalau dia meminta maaf, Sofia tak akan ragu untuk beri dia peluang lagi, tapi setakat ni, nak tengok dulu.

    Dah lama dah sofia dan kawan-kawan tau perangai dia ni, tapi kali ni memang melampau.

    Kitorang harap lama2 dia akan faham jugak perasaan kitorang. :)

    Setakat ni, kita hanya mampu berdoa supaya Allah melembutkan hati Sofia, hati dia, dan hati semua orang yang terlibat secara langung / tidak langsung dengan kejadian ni.

    anyways, thanks again! :)

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :D