Sunday, March 13, 2011

Seandainya aku tiada...

Assalamualaikum w.b.t
bertuahnya kita masih lagi bernafas pada hari ini, syukur alhamdulillah.

Semalam, ada dapat berita kematian seorang rakan seperjuangan. Arwah Wan Mohd Haikal b Wan Mohd Azhar . Arwah merupakan seorang pelajar tingkatan 3, sama macam aku di sekolah lama aku. Aku pun, tak kenal dia secara personal. Hanya sekadar muka dan nama sahaja. Al-Fatihah, moga arwah diltempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Teringat pulak arwah sepupu aku, Siti Hajar bt Muhad Salleh . Tak sempat pun arwah tengok result PMR. Walaupun kitorang tak rapat, pemergianmu tetap ditangisi dan diingati :'( sedih sangat masa tu. teringat lagi situasi semasa mendengar berita tu. Rasanya tak perlu la aku cerita kat sini. Al-Fatihah buatmu, sepupu ku ♥ Moga rohmu dicucuri rahmat.

Jelas kan, kematian itu datang tak kira umur... mungkin hari ini kita masih diberi peluang, esok lusa siapa yang tahu, malah, dalam bebrapa jam lagi pun tiada siapa boleh menjaminkan. Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kami.

Kadang-kadang, terfikir jugak , masa aku takda suatu hari nanti, orang akan ingat aku sebagai orang yang macam mana erk? yang dibenci? yang disayangi? ataupun ... ? wallahualam. Dek kerana permainan fikiran ini, timbul lah quote ori

When I'm gone, i would like people to remember me as the one who always made them smile :')

Maybe orang tgk ayat ni, tak fikir mendalam sangat pun. Tapi bagi aku, aku betul2 maksudkan tau. Aku suka sangat kalau orang kata aku ni kelakar, pandai memujuk. Sebab bagi aku, aku rasa, dalam masa tu, walaupun maybe masa tu singkat, aku tolong diorang lupakan keresahan. seolah-olah aku ni, membawa kegembiraan.

hmm.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D