Saturday, March 19, 2011

Mesej penghargaan teman

Assalamualaikum wbt . :)


Semalam kan...

(AIKK, straight to the point ke? takde intro ke? takde mukadimah ke? kenapa tanye pembaca, takde otak ke?) -___- 

ok. pedulikan. 

Semalam kan, tengah duk dalam bilik. Frust sebab tengah online pastu abang mari nyebok nak guna komputer grrrr tapi takpe, harini dia balik asrama, boleh la aku guna puas-puas >:D

Off topic.
 Kembali ke rancangan.

BERSAMBUNG... Duk lepak-lepak atas katil, tak buat apa-apa pun. Lepas tu, tutup lampu. Motif? entah, rasa nak tutup lampu. Suka hati la. Nampak la bintang-bintang glow in the dark kat siling. Pastu duk je, termenung. Ingat ke sape tu? haaaa.. adela :P

LOL JK tak ingat ke sape-sape specific pun. Banyak muka-muka yang melintasi fikiran. Muka rakan-rakan. Rakan-rakan sekolah, rakan-rakan sekolah rendah, dan sebagainya. Pastu terfikir, time-time sunyi sepi camni, kan best kalau ada teman boleh berbual. Kebetulan bestie takda kredit. huhu. Then terlintas pulak, ada kawan, sunyi sepi sekali sekala je. Kalau TAKDA KAWAN camna? Sendirian 24/7. mesti tak indah hidup tak berteman. Tak lengkap. Tak syiookkkkk.

Bersyukur rasanya mempunyai teman-teman. Alhamdulillah :)

Terfikir lagi. Memang fitrah kalau duduk sorang-sorang camtu mesti banyak je perkara yang melintasi fikiran. "Kawan-kawan aku ni, tahu ke yang aku menghargai kehadiran diorang dalam hidup aku?" hatiku berbisik. ecehhhhh.

Maka aku pun buat lah perkara yang spontan. Aku ambik henfon aku, then aku start tulis 1 mesej. 1 mesej dari hati. cehh, tapi betul la. Dalam mesej tu, aku kata aku sayang kawan aku, pastu aku ada mintak maaf sekiranya ada apa-apa yang tak menyenangkan, pastu aku suruh diorang take care. memang rambang sangat. random gila. then hantar. tengok balik 43 orang aku hantar mesej tuh. wow.

p.s, kalau ada teman yang baca ni, tapi tak dapar mesej tu, sorry ye. bukan semua orang yang aku nak bagi tapi takleh, sebab tak ada nombor dan sebangainya lah. tapi tak bermakna aku tak sayng korang jugak ♥

2-3 minit, mula la dapat reply-reply. macam-macam reply ada.

"macam-macam la kau ni Pia"
"debor aku kau kata camni"
"sedih rase"
"okay, thanks"
"ingat jugak kau kat aku eh"
"kenapa? kau ada rasa lain ke?"
"Sofia mana ni erk?" LOL

Dapat la aku catch up dengan beberapa rakan yang aku lama tak dengar berita. Awal-awal tu fikir 2-3 kali jugak nak hantar ke tak, sebab nanti mesti orang kata buang tabiat. Tapi takpela, masa tu hati dan tetap nak bagitau rakan-rakan yang aku menghargai diorang. huhu.Tak menyesal aku hantar mesej tuh.

Dear friends, I appreciate having you guys in my life. I ♥ you guys.



No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D