Monday, April 11, 2011

Sajak tentang tsunami

erm. Aku tulis ni bila Cikgu Bahasa Melayu aku suruh dalam kelas pagi tadi.

Kenangan indah membisik sayu
memorabilia mengusik kalbu
merancakkan lagi aliran air mata
hikayat indah
kini sejarah
imej-imej keamanan
diganti dengan realiti kesengsaran

ombak besar menerpa
meroboh rumah
memisahkan keluarga
menghancur impian
membunuh kegembiraan

jeritan-jeritan wanita
tangisan anak-anak kecil
memenuhi ruang senegara
deruman air masih kedengaran
yang dahulunya menenangkan
kini hanya memberi ketakutan

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D