Wednesday, May 25, 2011

Post marah.

Assalamualaikum w.b.t .

Post ni pasal marah, atau lebih tepat lagi, pasal sikap aku yang pemarah.

Ya, aku seorang yang cepat marah. Tanya la keluarga aku, kawan-kawan aku, memang tak dapat dinafikan lagi. Tapi aku marah ade sebab jugak. Kadang tu, pendam je, tapi bila dah tak tahan, meletup. BOOM

macam dalam kelas tadi, masa tu aku tengah study sebab perperiksaan nak start dalam kurang 1 jam. Ada budak lelaki yang tak berapa nak guna otak dia nak lastik kawan dia guna getah. Of course lah mamat tu tak study, dia kan dah bijak. Sedang aku khusyuk study ( eceh penambah perisa ), tiba-tiba je bahagian kiri atas bibir aku kena getah. Natang. Terjerit aku. 1 kelas senyap, semua pandang aku. Dalam hati dah sumpah seranah dah. Nak lepas, tapi benda yang orang dah tahu ni, tak perlu ulang-ulang kan? basi. Sakit sangat. Dah terbayang nak campak kerusi meja pastu pergi bagi penampar, tapi still, maintain. Aku senyap je, sambung study. Orang lain pun sama. Dah memang la, tak tahu cerita. Geng-geng yang tahu sape yang buat, senyap, buat tak tahu. Aku tahu la sape yang buat, manusia perangai setan budak bijak tu la. Menitis air mata aku. Kalau nangis nanti besar cerita plak, then tak sempat study. Aku bukan macam budak bijak tu, aku perlu study, dia tak. Setakat satu kali aku tak ada la nak marah sangat, tapi ni dah melampau. Sebelum ni aku pernah kena duster, pernah kena 1 plastik ais etc, etc. Kau jangan sampai aku pulak yang naik setan hingga menaikkan meja atas kepala kau. Lepas tu mintak maaf. Nak mintak maaf, bagi la nampak ikhlas, guna la bahasa yang betul, ni cakap macam budak tak pergi sekolah. "showwie... showwie eak?" . Sorry, aku tak cakap bahasa tu. Kau ingat comel ke? Kau ingat aku cair ke kau buat macam tu? Aku rasa macam nak tonyeh muka kau dengan kamus dewan edisi ke-4. aku jawab senang je, " pergi mampus." Of course la aku tak maksudkannya, tapi maksud aku kau boleh blah dari hidup aku. Kau boleh hisap batang barah kau ( batang barah : rokok ) banyak-banyak, dapat barah mulut, lepas tu baru kau boleh nak "showwie.. showwie" dengan aku. Pesanan untuk anda, budak bijak:  Tahniah, anda telah disenaraikan dalam senarai "orang yang aku nak tumbuk" buat kali yang ke berapa tak terkira.

Aku balik rumah aku cerita kat parents aku kan. Diorang tak ada la nak marah sangat, bukannya cedera berat pun. Bengkak pun tak.

Mama: sakit ah?
Aku: sakit gila la. Nasib tak cedera parah ke ape ke, kalau tak memang nak saman ah.
Mama: tak bagitau cikgu?
Aku: stakat macam tu. Malas ah nak ngadu-ngadu.
Mama: mengada-ngada je kan?
Aku: tu kata. Lagipun tak puas kalau cikgu yang marah. Lebih baik adik ( panggilan aku kat rumah ) marah sendiri.
Mama: hmm.

1 lagi. Orang lain. Jangan cari aku bila kau susah sahaja, jangan buat aku macam orang yang boleh selamatkan kau setiap kali. Setakat ni, memang ikhlas aku tolong. Tapi aku tengok kau, tak tolong diri sendiri. Kalau kau tak tolong diri sendiri kau, buat apa aku tolong kau? buat apa? buat bodoh. Kau tak hormat orang, dan kau tak hormat diri kau sendiri. Perkara-perkara yang kau buat tu, menjatuhkan kehormatan kau. Kau nak orang sayang kau, tapi kau tak sayang diri kau sendiri. Kau nak orang anggap kau bernilai, tapi kau buat perangai tak guna. Jangan mimpi lah. Kau maki orang, kata hodoh/bodoh, kau ingat kata macam tu, kau jadi lagi kacak/bijak? Dahla wak bende-bende, dok pikir dulu macam mana benda tu boleh bagi kesan kat orang lain. Sorry , sorry jugak, tapi sori tu bukan perkataan yang boleh jadi alsan untuk kau boleh buat macam-macam. Ada girlfriend bajet bahagia ah? Bila bahagia bukan main. Mungkin sekarang aku masih ada harapan untuk kau berubah. Tapi kan, cahaya harapan tu kian pudar. Kemungkinan, aku akan naik menyampah dengan kau, dan aku, tak akan berada untuk 'menyelamatkan' kau. Perangai kau makin basi. Lagipun, kau bukan tanggungjawab aku.

Aku juga cepat marah bila ada orang yang buat salah, tapi dengan senang-lenangnya menunding jari. Kau sedar diri boleh tak? Kalau orang tuduh kau bukan main, tapi bila kau buat, kau nak kita terima? terima dengan hati terbuka? Hello, otak kau tercicir ke? tolong la.

Dengan ini, aku nak pesan,
Jangan buat aku marah kalau kau marah bila aku marah. Lagi la aku marah.

Conclusion:
- ada orang kena masuk pusat pemulihan akhlak
- I really need to sign up for anger management classes -__-

Kthxbai.
*Tak baik marah-marah. Sabar je la.
*blog adalah tempat yang baik untuk perli orang. 

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D