Tuesday, October 18, 2011

Matahariku.

Ayat datang masa tengah baca novel cinta :P

setiap pagi
setiap petang
semuanya seakan malam bagiku
tiada lagi kehangatan matahari 
untuk menyinari hidup ini
yang tinggal hanya cahaya
sang rembulan yang sepi
apa ertinya seulas senyuman
jika hati berhancuran
pudar sudah kelipan harapan
yang dahulunya gemerlapan
kini segalanya suram dan sunyi
berikan semangatku kembali
kembalikan padaku keriangan
kembalikan padaku kebahagiaan yang dahulu
aku merinduimu
aku memerlukanmu
matahariku


*So Please Don't Take My Sunshine Away~*

Matahariku. Ada kalanya kamu pergi menyinari hidup insan2 lain. Ada kalanya hujan jatuh kebumi. Tetapi, aku menanti, kerana aku begitu yakin bahawa dikau akan kembali. <3

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D