Thursday, November 17, 2011

Melawat sekolah rendah aku dulu.

Assalamualaikum ^__^

So yeah, this is another blogpost. I swear the number of blogpost will increase in this end-of-year. What else is there to do? XD

OK, KEMBALI KEPADA TOPIK ASAL.

Pagi tadi aku pergi ke sekolah rendah aku. Saje je, awal-awal tu ade la berapa orang sama batch UPSR dengan aku nak datang sama, last-last beberapa orang je. Aku pulak seorang je yang perempuan -____- nice.

Datang pagi-pagi lepas tu tunggu member. Sorang je datang pagi , sebab dia datang sekali dengan adik dai yang ambik result. Oh ye, lupa nak sebut, pagi tadi calon-calon UPSR dapat keputusan. -Baru sedar lepas ni aku pulak kena ambik keputusan PMR- ok, itu lain cerita.

Last-last jalan 2 orang jumpa cikgu-cikgu. Walaupun ada dah yang pindah, masih berpeluang berjumpa dengan guru-guru yang masih bertugas kat situ. Wow, memori memori...

Banyak reaksi dari cikgu-cikgu tadi. Antaranya:

"wah, besar dah!"

"makin besar (gemuk)" ok thanks I wasn't aware of that *sarcasm*.

"Tengok adik ambik result ke?" Padahal aku takde adik. haha.

"Buat practical ke sekarang?" WHUT. Baru lepas PMR cikgu =______="

yang lain biasa la, tanya pasal exam, parents, sekolah, etc.

Paling seronok jumpa junior yang masih cam aku. "Kak Sofia~~!!!" Gosh little people, why you so cute?!

Budak-budak Kelab Ulul Albab 2008 lah, masa tu diorang darjah 3 dan darjah 2. Haritu latih diorang Choral Speaking. Harini pulak aku tengok diorang ambik result UPSR. Wow, just wow. I'm 15 already, huh? ._____.

Tadi lepas jumpa cikgu-cikgu, pergi kat kantin. Kumpul sekali dengan budak ambik result. Buat macam ibu bapa nak tengok anak ambik result haha. Masa tu kawan-kawan lain datang dah. Lepas habis umum result, diorang pun pergi jalan-jalan, tinggal aku sorang. Memang kurang asam. Bukan main ajak aku, lepas tu tinggal aku sorang. Merajuk ah camni. :"(

ok not seriously. Junior-junior aku jugak kot. It was my school first any ways.

Tapi sekolah aku berbeza sekarang. Jauh beza dengan masa aku dan abang aku dulu. Jauh sekali. Agak hiba jugak lah. Mungkin bukan sekolah aku je kot, mungkin memang inilah yang terjadi dengan generasi sekarang. :/ 

Tadi ada jugak masa rasa macam nak terajang budak. Dengan bahasa nya segala. Tapi kalau fikirkan balik, diorang belajar dari siapa? Abang-abang dan kakak-kakak diorang jugak, budak-budak yang umur aku jugak. Seterusnya, budak-budak sekarang pulak yang akan mempengaruhi budak-budak akan datang. Apa-apa pun, kita berdoa je lah supaya benda akan menjadi lebih baik :(

. . .
. . . .
. . . . .
. . . . . .

Result UPSR 2011 dah keluar, lepas ni result PMR pulak. Setakat ni takda lagi debaran-debaran sampai makan tak kenyang  (sejak bila aku pernah kenyang?), mandi tak basah, tidur tak lena. Tengok la 2-3 hari ke seminggu sebelum result keluar, mula la. Kalau aku rasa nanti, aku update kat blog ni OK :P

Apa-apa pun, aku dah cuba. "Kegagalan sebenar adalah apabila kita berhenti mencuba".

Dengar cerita result PMR keluar 28 Disember ni... Hmm, sempat lagi nak bergembira ni. Hahaha. Ambil peluang untuk bergembira dulu, lepas result nanti kena uruskan apa yang patut, lepas tu masuk sekolah balik. Form 4, more subjects. FUN FUN FUN.

SPM 2013 insyaAllah.

Sigh, after all that has to be done is done, all I can say is. Que Sera Sera.

Salam perpisahan...
agak romantis di situ.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D