Thursday, December 8, 2011

Jangan nak forward sangat.

Assalamualaikum semua yang boleh tersampai ke blog ni.

Harini aku nak tulis pasal mesej. Ya, mesej. Text. Pesanan ringkas. SMS. Sama je padahal. Saja nak tulis banyak-banyak. Aku bukan nak tulis pasal mesej "Salam, wt pe tuh?" ataupun yang lebih kurang dengan tu, tapi aku nak cakap pasal mesej yang forward-forward ni. Korang pernah kena tak? Kebanyakan korang mesti pernah kena punyalah.

Sekarang ni aku tengah tunggu result PMR kan, ada la dapat beberapa mesej yang macam ni. Aku jarang mesej, sebab tu, bila tengok "1 new message" tu, agak excited lah. Tengok-tengok mesej forward. Ah alaah. Spoil betul la. =_____=

Kalau nak forward doa ke, pesanan ke, nasihat ke, aku tak kisah. Bagus la. Tapi yang menjengkelkan tu bila baca kat hujung-hujung. Contoh:


"Forwardkan ke rakan-rakan yang sedang menunggu result. 1 orang = 1 A"


"Kalau forward dalam sepuluh hari dapat rezeki besar, kalau tak dapat bala" 


Ni yang aku tak suka ni.

First of all, sejak bila pulak meng-foward-kan message tu boleh tolong aku dapat result gempak? Asal tak bagitau awal-awal? Takdela aku sibuk nak ke kelas tambahan,buat homework, buat revision. Ye la, kalau dah 1 orang, dapat dah 1 A. Foward ke 9 orang, dah straight A's dalam genggaman. Selama ni, dari aku sekolah rendah zaman UPSR lagi, takda sekali pun penceramah / motivator / cikgu cakap kalau nak berjaya dalam exam, kena forward mesej. Aku belek buku "cara-cara menjadi pelajar cemerlang" pun takde pulak tulis kat situ. Malah, haritu pun masa belek soalan PMR, bahagian arahan tu, takde tulis jugak. Jadi aku nak tanya kat orang yang asal tulis mesej ni. Mana kau dapat benda ni. Mesti mesej ni ada asal-usul dia. Sapa yang tulis ni aku nak tengok sikit result dia. Kalau bukan straight A's dari mula persekolahan hingga akhir persekolahan, memang nak kena la. Tips kejayaan apa benda la macam ni.

Weh, ni aku nak bagitau. Result peperiksaan kau, ada kait ke dengan forward? hah? Jabatan Pelajaran ada nak check kau punya telefon tengok kau forward ke tak? Takda kan? Aku rasa takda. Kalau ada tak tahu la tu. -__-

Nak berjaya dalam peperiksaan, kita cuba yang terbaik. Buat sekadar termampu. Buat homework, pergi kelas tambahan, jaga hati ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan. Biar berkat. Lepas kita dah cuba yang terbaik, kita pun teruskan berdoa. Ikhtiar, lepas tu tawakkal. Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, semua atas Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Lepas tu, kalau result kita bukan seperti yang kita harapkan, kita harus menerima, kan? secangkir madu sepahit hempedu. Eh, apa kait madu dengan hempedu ni. Tetiba je. Lagipun, apa-apa yang terjadi, semua ada hikmah dia. Allah lebih mengetahui. Trust in Allah.

Contohnya, orang yang dah ditakdirkan mendapat straight A's ni, dia dah berusaha habis-habisan dengan doa segala, dia dapat mesej forward ni. Katakanlah, dia tak forward. Jadi dia tak dapat A langsung lah dalam exam?

1 lagi. Kita ambik pelajar yang memang tak ada keinginan nak study langsung. Boleh kata keinginan nak study tu -100%. Tetapi, semalas-malas pelajar ni, dia nak straight A's jugak. Dia dapat mesej ni. Dia ambik 8 subjek. Contoh. Dia forward mesej ni. Bukan setakat 8 orang, 80 orang dia forward kan. Ye lah, orang kredit melimpah kan, nak buat macam mana. Sebab dia forward mesej ni, dia akan dapat A lah?

Kalau situasi seperti di atas berlaku baru aku nak forward.
Mari kita fikir sejenak menggunakan logik akal.

Yang kait dengan rezeki dan bala tu lagi melampau. Cuba bagi source benda ni. Yang sahih la, yang tak sahih buat apa. Nak cerita soal rezeki dengan bala ni, aku bukannya pandai sangat kan. Yang aku tahu, semua tu, atas Allah belaka. Wallahualam.

Mungkin orang yang asal tulis mesej ni. Kira macam pokok pangkal dia la. Mungkin niat dia baik, tetapi ni bukan cara dia lah. Kalau tulis "forwardkan kepada rakan-rakan supaya berita ini tersebar" ke lebih kurang macam tu, boleh tahan. Tapi ni siap ada ganjaran / dendaan lagi apa cerita. Aku ni keras kepala, jadi kadang-kadang bila baca awal-awal tu boleh tahan lagi, ada dah rasa nak forward, lepas tu terbaca lah yang dekat hujung tu. Terus *tettttt* dah taknak forward.

Macam mana kalau aku dah niat nak penampar orang esok. Contohnya kita bagi nama Si A lah. Aku memnag dah tetap dalam hati ni nak tampar dia sekuat hati tanpa sebab yang munasabah. Lepas tu aku start lah satu chain message macam ni. "Esok kamu akan ditampar sampai pipi kau merah menyala kalah orang letak blusher 2 bekas kalau kamu tak forwardkan mesej ni kepada 3 orang". Aku hantar kat dia, lepas tu dia forward. Selamat tak dia?  Macam tak selamat je. Orang dah tetap dalam hati na tampar kau kena pandai-pandai la pujuk ke lari ke, setakat forward mesej, jangan nak selamat sangat.

Cukup lah aku membebel pasal benda ni. Moral of the story is, kalau korang ada nombor telefon aku, jangan la forward benda ni dekat aku. Lagi satu, sebelum kau percaya buta-buta benda ni, fikir dulu. Atas korang la nak forward ke tak kan, hak korang. Tetapi aku mintak tolong *melutut merayu ni* please please please kamu jangan nakal  JANGAN forward dekat aku. Serious membazir kredit kau je sebab aku pun bukannya nak forward.

KTHNXBAI.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D