Friday, January 6, 2012

Aku dah masuk form 4?!

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun Baru! kepada semua readers :D
Moga-moga tahun ini diberkati dan akan menjadi lebih baik dari rahun lepas, amiin.
So, macam mana minggu pertama 2012 korang? Best? Story la sikit hehe.
Oh, kepada yang masih sekolah tu, selamat kembali ke sekolah! ;D

My first week? (Kesian tak aku kena tanya sendiri sebab orang lain tak tanya)

3 Januari start sekolah. Best dapat jumpa cikgu dan kawan-kawan :D 

Yang tak best nya... setiap hari orang tanya "Eh, tak pindah sekolah ke?" =___= Ceitt, nampak sangat tak suka tengok muka aku. KFine. Gurau je, tapi memang serius dah fed-up dengan soalan tu. Tak nak fikir benda tu. Tapi nak buat macam mana, kena fikir jugak. Kemungkinan tu ada. Keinginan? Kurang. Sebab tu lah sekarang ni, setiap hari pergi sekolah je, nak enjoy. Bukan enjoy macam tak belajar tu. Tapi enjoy, tak nak bagi orang spoil masa aku kat situ. Sebab kemungkinan hari-hari aku dah limited. :'( 

3 hari pertama sekolah - orientasi tingkatan 4.
Cikgu terangkan pasal matapelajaran bagi aliran masing-masing. By the way,  aku masuk aliran sains tulen. "Pior" gitu lol. Pior = pure. Haha :P   


Bagi subjek teras, kebanyakan cikgu terangkan pasal perbezaan format peperiksaan. Subjek elektif pulak, cikgu hanya bagi pendedahan awal, dan beberapa pesanan lah.
Taklimat Fizik tak banyak sentuh pasal fizik pun. Cikgu banyak terangkan pasal asrama, dan pasal masa hadapan. Macam kos sara diri dan lain-lain. Taklimat Kimia semalam cikgu terangkan sikit-sikit pasal plastik (terutama pasal gred) dan petroleum dan betap banyak makanan yang dijual sekarang berasal dari petroleum. Kesan-kesannya seperti barah dan kemandulan. Serun ;___;

Oh, mula tahun ni semua subjek dalam Bahasa Melayu. Kecuali Bahasa Inggeris lah, tak kan benda tu pun kena bagitau. Haha. Sejak sekolah rendah belajar sains & maths dalam Bahasa Inggeris. Kena biasakan diri guna terma dalam BM lah. Satu cabaran lah jugak kot. Tapi InsyaAllah boleh manage lagi. Bahasa Melayu je kot, bukan bahasa asing lain.  So.. challenge accepted.

Excited kot nak start kelas minggu depan.Whoo!
 
Moga-moga urusan kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan. :)

Semalam masa majlis penutup orientasi kena bagi ucapan sebagai wakil pelajar. Awalnya pegi jumpa cikgu nak jadi emcee english, tengok-tengok dah ada orang. Kena jadi wakil pelajar pulak. Lain yang dicari, lain yang dapat. Haha. Tapi lagi best kot sebab aku dapat tulis text aku sendiri.

Alhamdulillah, ucapan tu diterima dengan baik oleh guru-guru. Pelajar? Well, mungkin yang beri tumpuan tu ok je kot. Lepas aku berucap, Tuan Pengetua pulak berucap. Dalam ucapan dia tu dia ada petik kata-kata dari ucapan aku.
"Kejayaan bukan satu warisan, kegagalan bukan satu tradisi"
Padahal aku pun petik kata-kata tu dari brosur Temu Murni tahun lepas yang sekolah bagi jugak. Haha!

Dalam ucapan dia sebut, sebab kita ni kan sekolah harian biasa. Pelajar-pelajar yang dapat 5A / 6A ke atas dalam PMR tahun lepas dijamin menjadi "Emas 10" sekolah tu. "Emas 10" ni emas yang paling tinggi gred dia. lebih kurang 99.9% emas tu memang emas setulen-tulennya. Maksudnya pelajar-pelajar ni pihak sekolah akan jaga betul-betul. Walaupun ucapan pengetua tu agak kelakar, aku tak tahan rasa sedih sikit. Pasal pindah sekolah tu la. Memang sekarang ni tak ada tawaran apa-apa, but still... Aku just rasa macam sayang gila nak tinggal sekolah tu. Sampai balik ke trumah fikir lagi hal tu sampai satu tahap menitis air mata :'(

Semalam dah dapat buku. Silap tak bawak beg besar. Ingatke minggu depan baru dapat, bawak bek kecik je lah. Takpe2, sampai jugak ke rumah akhirnya. Nasib baik guru kelas dah bagi jadual kelas, Tak adelah pening kepala nak bawak buku mana minggu depan. Cikgu pun dah bagitau kat aku "Awak tengok tak lagi kelas kita? Cikgu rasa kan, kelas kita buruk sangat!" Haha memang aku setuju. Aku dengan kawan aku dah tengok dah first day sekolah haritu. Bahagian papan kenyataan kat belakang dah berlubang. Takpe, boleh cover. Another challenge accepted. Haritu pun dah bincang sikit-sikit idea dengan cikgu. Apa-apa pun, tunggu Ahad ni lah. :)

Huu aku pelajar Sekolah Menengah Atas dah. Moga-moga penghijrahan dari tingkatan 3 ke tingkatan 4 akan menjadikan aku lebih matang dan lebih baik, insyaAllah. Hampir senior dah aku wohh. InsyaAllah panjang umur tahun ni masuk 16 tahun. 16 tahun ke, 15 tahun ke, orang yang tak kenal biasa ingat aku sekitar 23 tahun. Haritu ada jugak yang ingat aku dah grad. Haiyoo.

Semalam kena lagi. Aku tengah main boling padang, turn aku untuk deliver, tapi aku blur sangat semalam. Yang aku tahu, semua orang kat padang semalam memang lagi tua daripada aku. Paling-paling kurang sama umur kot. Entah.

Player X: Kak..
Aku: Oh ye, *deliver* ermm, jangan panggil saya "Kak".
Player X: Kenapa marah panggil "Kak"?
Aku: Sebab.. .awak umur berapa?
Player X: 17
Aku: Sebab saya bukan "Kak" awak lah! Saya baru masuk Form 4 tahun ni.
Player X: Oh, ingatke study kat sini (UMT).
Aku: tak tak tak.. ayah saya yang mengajar kat sini.

Haha lepas tu partner dia pulak panggil aku "Kak".

Player Y: Oh ye ke.. sorry...
Aku: takpe, dah biasa. *nada sedih*.

Selalu macam ni. Nak buat macam mana, memang aku tak rupa macam budak 15 tahun pun =___=

Haiyoo. Apa-apa lah. Small matter kot.

So nampaknya tu je lah nak share harini.

Thanks for reading :)








No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D