Thursday, January 26, 2012

Hamster merayu.

Assalamu'alaikum semua.

Tatkala ombak menghempas pantai,
dan bayu mengusap pipiku,
ku kenang orang yang ku cintai,
membayang dirinya di sampingku. 

Ok, perkara di atas tak ada kaitan langsung  dengan post kali ni. Saje buang tebiat, haha.

Wah, lama jugak tak update blog eh. Berhabuk dah blog aku. Eh eh, banyaknya sarang labah-labah, tikus mutant pun ada. Hahaha bab nak merapu, serah pada aku.

Takda modal nak update kot. Tak ada cerita :/ Nak cerita benda biasa-biasa macam tak patut lak. Tak kualiti konon. Macam lah blog ni kualiti sangat kan. Hampeh!

Korang nampak tajuk kat atas tu? Pelik kan? Untuk tahu kenapa aku tulis tajuk tu, korang kena la baca post ni sampai habis! Hahaha.

So, time untuk cerita. Ah, ce citer ce citer. Eh aku cakap sorang eh?

Pada satu pagi yang aman lagi harmoni, aku tengah tidur. Tetiba je henfon bunyi. Terbangun jugak la aku ni dari kenikmatan tidur tu.Haha. Ada mesej masuk. "Weh ko dapat tak?" tertera dekat skrin. Tetiba je tanya dapat ke tak ni pekejadah? Dapat apa pun bukannya nak bagitau. Ingat aku ni boleh baca minda ke. Apa derr. Tapi aku boleh agak la mesej tu pasal apa. Mesti tawaran ke SBP dah keluar. Gulp! Awal sehari dari jangkaan aku.

Betul sangkaan aku. Ceh, bangga jap. Just kidding lah. Aku pun terus buka lah laman web yang sepatutnya tu. Semak, tapi tak dapat tawaran. Perasaan? neutral je kot. I mean, I could be over-dramatic about it then bila update blog macam syok ah nak cerita. Hahaha too bad, I'm boring, I know. Lepas check tu terus keluar bilik, jerit panggil mak bapak nak bagitau. Sorang pun tak sahut. Kfine. Mesej abang. Abang masa tu on the way balik dari kem PLKN untuk cuti raya cina.

Lepas bagitau family semua, buat rayuan pulak. Aku tak tahu benda apa yang ganggu fikiran aku masa tu, aku ingatke lepas save dokumen rayuan tu, kena print out dan mintak tandatangan pengetua sekolah. Nak hantar ke mana pun tak terfikir langsung, cuma tahu nak mintak tandatangan penegtua sekolah.

So, semalam kat sekolah, aku pergi jumpa pengetua lepas perhimpunan.

Aku: Salam, cikgu, cikgu ada masa sekejap tak?
Pengetua: Ye, nape Sofia eh? Kalau kata nak pindah sekolah lain malas layan eh..

Hahaha kena aku. Cakap-cakap sampai cikgu yang kebetulan ada lalu kat situ pun tertarik sekali. Haha sorry, not my fault ;P  Lepas masuk kelas math satu period, turun balik nak jumpa balik pengetua. Kali ni bawak dokumen tu sekali. Lepas cakap cakap dan cakap, kitorang pun bangun dari kerusi luar bilik kaunseling nak pergi ke ofis dia untuk dia tandatangan. Tetiba, "Eh, mana tempat cikgu nak tandatangan ni? Mana ada tempat cikgu nak tandatangan". Masa tu kitorang dekat foyer, baru bangun dari duduk. Aku pun terkejut lah kan cikgu cakap macam tu. Cikgu hulur kat aku kertas tu, bila aku usha, tempat tandatangan kat bawah tu bukan tempat tandatangan pengetua, tapi tandatangan PEMOHON! siap tertulis nama aku lagi. Bold lagi huruf besar.

Apa la aku ni. Bazir masa je. Nampak sangat aku ni tak peka. Adoiyaii. Hmm, nevermind lah benda yang dah terjadi tu. Small matter je.

Ooh, masa cuti raya cina haritu, keluarga aku singgah kat satu kedai akuarium. Dulu kitorang selalu pergi kedai ni, tapi dalam setahun lebih baru ni tak pergi langsung. Haritu kita sengaja je singgah nak tanya khabar and all that lah. Haha. Sebelah kedai makcik ni, kedai anak dia. Pet station. Banyak sangat haiwan kat situ. Kucing parsi, arnab, prairie dog, chinchilla pun ada! :O tapi dalam banyak-banyak haiwan kat situ, yang aku kenang.. hamsters!

Lepas pujuk-pujuk sikit, buat muka baik sikit, aku dapat 2 ekor hamsters! Wheeee!

so geng, aku perkenalkan Mocha dan Kuaci. Mocha jantan, kuaci betina. Spesis: Dwarf Roborovski. Sampai sekarang aku tak pasti yang mana satu Mocha dan yang mana satu Kuaci, hahahaha. Aku reti nak bezakan jantina, tapi aku masih belum berjaya tangkap mereka untuk check. Diorang ni kecik, lari laju-laju, macam mana aku nak tangkap. Aku takut kalau aku tangkap laju sangat ke, kuat sangat ke, terpenyet pulak my babies ni.

Buat pengetahuan korang, Dwarfs Roborovski Hamsters ni haiwan nocturnal tau. Malam aktif, siang tidur. Sebab tu la, kalau tengok masa siang, biasanya diorang tengah tidur lah. Malam pertama aku bela diorang ni, aku letak sangkar diorang atas meja study dalam bilik aku tau. Time aku tengah tidur, aku terbangun sebab bunyi bising. Bunyi macam kerusi beroda meja study aku tu tengah pusing satu bilik. Gelabah aku capai handphone tengok pukul berapa. Buka lampu, tengok tak ada pape pun. Rupanya seekor daripada hamster aku ni, tengan berlari dekat roda dia. Roda yang memang hamsters buat berlari lah. Aku tak tahu nak cerita benda tu macam mana, harap korang faham la ye, hehe.

Aku takut ada something berlaku kepada sangkar diorang. Padahal saje je buat suspens. Bila aku tengok, ada hati pulak diorang buat muka sposen kat aku. Cehh, natang sungguh la. Hahaha, tau pulak muka sposen hamster macam mana kan. Oh, and memang diorang tu binatang. Hahaha.

Aku dah habis benda nak cerita dah. Panjang jugak post ni ek? Selalu macam ni. Klik 'new post' tak tahu nak tulis apa. Taip taip taip, tengok panjang berjela. Huh. I talk too much I guess.

Kepada yang sampai ke penghujung post ni, tahniah dan syabas! Five stars for you! :D

Time untuk sambung basuh baju kotor yang menggunung. Kbai.
Assalamu'alaikum.

:D <- this smile is for you. Yeah, you better feel special. JK.



No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D