Wednesday, February 15, 2012

Ketagih.

Assalamualaikum w.b.t..

Kau sihat? harap-harap sihat lah ye :)

Okay, kali ni nak cakap pasal ketagih. Korang jangan risau, bukan ketagihan serius. Bukan dadah, bukan alkohol, bukan benda-benda yang tergolong dalam kumpulan macam tu la.

It started with doodling. Kalau bosan, ada kertas , ada pen / pensel, mesti ada je benda yang dilukis. Kadang-kadang bunga, kadang-kadang bentuk-bentuk, kadang-kadang haiwan, kandang-kandang garisan. Hahaha, garisan pun nak lukis. By the way, korang perasan tak yang kast tu aku tulis 'kandang-kandang'? Hahahahah OK aku memang tak ada keje. =___=".

Tapi baru-baru ni kan, aku rasa macam asyik nak lukis. Lepas lukis, warna. Nak-nak lagi ada pensel / pen / marker / krayon / cat macam-macam warna, lagi la aku syok. Syok sendiri. Kalau aku beli sketchbook, mesti last-last benda tu jadi macam buku conteng je. Membazir. Sebab tu la aku guna kertas A4 je. Hehee :P


Yang atas ni aku lukis dekat sekolah. Kertas kajang pun bolehlah -.- First aku lukis bunga je, then aku meleret-meleret sampai jadi benda ni. Hahaha! Asalnya guna pensel, siap ada bahagian yang aku shade dengan bahagian belang-belang segala. Kalau tengok betul-betul boleh nampak bekas padam tu hehe :B aku tak cukup skill memadam kot. Tadi aku terap balik guna pen dakwat cair. Jadilah benda ni. 





Sekarang korang tengok apa yang aku buat when I was supposed to do homework. Sebenarnya ada lagi aku tambah, tapi buruk gila jadi aku gunting tinggal bahagian ni je. Hahaha.
Biasanya kalau aku lukis, aku akan start kat tengah kertas, lepas tu aku akan tambah lagi, dan tambah lagi. 
Pasal gambar yang kat atas tu. Aku tak tahu, tapi sebenarnya imej ni aku dah terbayang-bayang hari sebelum aku start lukis lagi. Takdelah bayang exactly macam tu, tapi "konsep" sama. 

Aku buat jantung yang realistik (cehh bajet realistik lah tu. Maksud aku bukan yang kartun lah) dan hitam putih, dikelilingi oleh ... er... erm.. dikelilinga apa tu ek? aku pun tak tahu pekejadah yang aku lukis hahaha! yang aku kenal bunga dengan daun. Yang lain semua rekaan semata-mata :P  Simboliknya walaupun jantung ni dikelilingi bunga-bunga, warna rona terang, imaginative and creative figures, jantung tu tetap realistik dan hitam putih. Kontra, tetapi tak menjejaskan satu sama lain. 

How do you see it? :/ 

Hmm tu je kot aku nak tulis kali ni. Sebelum aku click 'publish", aku nak share dengan korang sesuatu.


It's just a nice phrase I stumbled upon. From Shakespeare's "O Never Say That I Was False of Heart".

Till next time :) 


No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D