Monday, February 20, 2012

Persembahan sempena Minggu Bahasa

Assalamualaikum w.b.t :)
Seperti biasa, aku harap korang sihat-sihat semuanya...

Minggu ni kat sekolah Minggu Bahasa. Oleh itu, dlam minggu ni banyak pertandingan diadakan. Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Aku tak pasti lagi sama ada nak menyertai atau tak. Hmm, takpela, post kali ni bukan nak cerita pasal tu pun. Hehe.

Semalam, masa perhimpunan ada beberapa persembahan sempena Minggu Bahasa. Setiap panitia bahasa ada wakil masing-masing. Untuk panitia Bahasa Melayu, persembahan puisi lagu. Setiap puisi ada lagunya. Eceh suka hati je aku reka. Hahaha! Basically puisi lagu ni, ada sajak, lepas sajak nyanyian lagu menggunakan senikata yang sama.

Ceritanya, aku terlibat dengan persembahan ni. Bahagian sajak la, kalau bahagian nyanyi, hancur tau tak! Confirm cikgu pantang nak bagi aku mikrofon lain kali, haha! Nasib baik tahun lepas aku ikut cikgu pergi pertandingan puisi lagu, nampak jugak la gambaran bagaimana puisi lagu ni. Sebelum ni pernah bersajak depan perhimpunan, tapi rasanya kali ni paling syok aa. Haha. Biar berlatih 3 hari je pun :P

Rabu minggu lepas, aku tak balik sekolah masa tengah hari, stay je sebab petang tu ada aktiviti 1 Murid 1 Sukan. Sebelum ke surau dengan kawan, hati aku tergerak nak lalu dekat bilik muzik. Bilik tu dekat je dengan surau, aku saja je nak lalu, sebab ada bunyi petikan gitar yang memanggil aku ke sana. Aduhh ayat takleh blah! Lalu je depan pintu, cikgu jerit panggil aku. Tetiba je. Hahaha!

Cikgu: Cikgu **** ada bagitau tak?
Aku: Tak ada pun, bagitau apa?
Cikgu: Ni, puisi lagu ni haa. Ahad ni.
Aku: Oooh, sape yang bersajak, cikgu? (Sengaja je buat orang cuak hahaha)
Cikgu: Awak la! Kang aku pelempang karang budak ni -.-

Hahaha, hari tu lepas solat, mula terus latihan. Kitorang guna lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G. Ade .


Aku pernah dengar dah lagu-lagu karya Ebiet ni. Ayah aku minat lagu-lagu dia, kadang-kadang dalam kereta kitorang pasang CD dia.. Memories Hit's Ebiet G. Ade.. Aku tak ingat lagu ni specifically masa tu, yang aku tahu lagu dia macam evergreen gitu. Hehe :P

Yang terlibat dalam persembahan ni, 8 orang. Aku, seorang penyanyi, seorang main gitar, seorang main bass, seorang main conga, yang lain jadi penyanyi latar belakang. Mujur dalam kalangan kitorang taka ada jenis cerewet atau banyak songeh. Senang kerja. Berlatih dengan diorang pun enjoy je, takde stress. Semua supportive dan membantu bila perlu.

Mujur semalam aku tak nervous sangat. Nervous ada, tapi tak teruk sampai berpeluh tangan, nafas dalam, haha. Aku rasa nervous semalam tu bukan sebab kena buat depan perhimpunan, tapi sebab aku sendiri yang takut aku tak boleh menyampaikan sajak tu dengan baik. Kalau masa rehearsal tak jadi pun dah frust, macam mana kalau depan orang tak jadi? Haa, tapi aku cuba untuk tak fikirkan sangat benda tu. Men-psycho-kan diri je. Tapi kawan-kawan dengan cikgu-cikgu pun banyak bagi kata-kata semangat, jadi aku pun rasa macam confident sikit la.

Selain persembahan kitorang, Panitia Bahasa Inggeris ada demonstrasi sebut Tongue Twister. Kawan-kawan aku yang kena, haha! "She sells seashells on the sea shore.." sambungan dia aku tak ingat, haha! Aku duduk dekat belakang, tak dengar apa diorang cakap. Kalau boleh nak tengok jugak semua persembahan lain tu. Aku dengar "sho sha sho sha" je, hahaha! Sekolah punya English Teaching Assistant dari AS, Ms. Hannah buat poem recitation. Bagi Bahasa Arab, budak kelas arab tingkatan 2 buat Qalam Jami'e. Kira macam choral speaking bahasa arab lah. Comel sangat diorang punya aksi. Aku paling geram tengok yang singa, hahaha! "Ngaumm! Ngaumm!" Ahh comel sangat!


Persembahan kitorang berjalan dengan lancar, cuma speaker je problem sikit. sigh, takpelah. Aku harap lain kali ada lagi aktiviti dengan geng-geng ni. Lepas perhimpunan kitorang tolong angkat alat-alat dari dataran ke bilik muzik. Lepas tu cikgu belanja makan di kantin sekolah. First time aku makan kat kantin tahun ni. First time makan, 3rd time jejak kaki dekat kantin. Masa tu cikgu ada sebut jugak pasal pertandingan puisi lagu. Kemungkinan bulan 5. Setakat ni geng kitorang boleh je. Tengokla macam mana. :)

Korang macam mana? Janganlah segan kalau nak tinggalkan comment dekat bawah. Cerita la time korang buat persembahan macam mana ke, ada apa-apa nak share ke, tak kena bayar pun, haha!

Sampai di sini jelah kali ni,
Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D