Tuesday, February 28, 2012

Selangkah ke sesuatu yang baru.

Assalamualaikum w.b.t

"Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu"

Pergi, Aizat.

So, dalam post ni aku ada cerita pasal aku buat permohonan ke SBP, lepas tu tak dapat. Maka aku pun buat rayuan.

Kalau haritu nak cerita pasal tu, harini aku nak cerita pasal ni --> Aku akan masuk SM Sains Sultan Mahmud esok. Oyeah.

Check online Khamis lepas. Perasaan? quite calm, actually. Lepas check mesej dekat parents yang tengah kerja then mesej dekat kawan-kawan. Malam tu jugak start beli barang keperluan. Yela, takut nanti tak sempat pulak.

Start sekolah Ahad tu, dah mula bagitau cikgu-cikgu dan rakan sekolah pasal nak pindah. Ramai yang ucap tahniah dan bagi dorongan, tapi yang aku agak terkilannya, ada sesetengah pihak yang macam "Eleh, nanti duduk situ sekejap, pastu pindah balik". I know they mean no harm but, seriously. Tak boleh ke just be supportive and wish me the best? Aku memang tak menafikan perkara tu dah terjadi banyak kali dah dengan orang-orang sebelum aku, tapi tak semestinya aku pun sama, kan? I mean, who knows? You don't. I don't. Wallahualam. Bagi aku, cakap macam tu macam tak supportive lah. Nak bergurau OK je, sekali dua kali tahan lagi. Banyak-banyak kali? Naik fed-up jugak. Papelah, let bygones be bygones.

Ni first time aku masuk asrama. Budak-budak bekas duduk asrama pun ada yang cerita benda-benda yang negatif. Macam nak hasut pulak. Haha. Tapi kalau fikir balik, berapa ramai yang duduk asrama sampai habis sekolah, tak ada pape pun? Abang aku sendiri pun tahan, insyaAllah aku pun boleh tahan.  I know lah duduk asrama is not all rainbows and sunshine but hey, lautan mana tak berombak, kan? ombak mana tak rindu? Eh tetiba. I just hope I'm prepared.

Aku pergi pun, bukan sebab aku tak suka SMK Kompleks Gong Badak.Tapi, aku pergi dengan harapan aku dapat improve lagi diri aku, insyaAllah. Korang ingat aku tak sedih ke nak tinggalkan SMKKGB? Sedih tau tak! Pagi tadi on the way pergi sekolah dah rasa sayu sikit, tapi aku pun cover la, control macho. Eh, lupa, aku perempuan, tak perlu control macho. Sepanjang kelas tadi macam biasa je, tak ada lah emotional sangat. Masa balik, lepas ambil sijil berhenti sekolah, keluar je dari pejabat sekolah tu nangis. Alamak, ter-feeling pulak.

Aku rasa kan, rasa sedih tu, bukan sebab nak tinggalkan kawan. Aku tahu, kawan ni senang contact. I mean, kitorang dah 21st century kot. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Hahaha. InsyaAllah, hubungan silaturrahim kita akan sentiasa terjalin. Jauh di mata dekat di hati, beb! Aku rasa aku sedih sebab walaupun aku bersekolah dekat situ setahun lebih je, banyak memori. Aku bersyukur aku berpeluang untuk bersekolah dekat situ :) Tahun ni pun sebenarnya dah plan nak masuk puisi lagu. Public speaking teacher dah siap buat script dah pun. Sigh, I'm sorry :'( Dahla tak dapat jumpa pengetua :|

Tapi takpelah, moga-moga dengan penghijrahan ini akan datangnya kebaikan, insyaAllah. Aku nak mintak satu je, aku nak mintak korang doakan aku, k? Jika tak keberatan, lah :)

So I guess, another adventure is beginning. Let's do this!

3 comments:

  1. angah duk asrama dari form 1. tahan je. you can do it! be a gem at sesma pulak k!

    ReplyDelete
  2. Thanks Angah! have I told you that you're the nest sister (that I never had)? Hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for commenting! :D