Thursday, June 7, 2012

Sepetang bersama

Assalamualaikum w.b.t

Fakta: bila masuk asrama kurang masa nak keluar dengan kawan.

Oleh sebab itu, setiap kali cuti je mesti contact kawan. Plan awal-awal bila boleh jumpa.
Kadan tu time cuti pun ada kelas tambahan, tuisyen, tak pun balik kampung, ada majlis, 
ada hal lain, tak ada transport dan bla, bla, bla. Aku tak nak dengar semua tu! Aku nak dengar 
"OK, jom keluar ke ______ pada hari ____ pukul _____ naik kereta _____. Berehh!" 

 Oh hey tengok boleh tulis sebelah ni jugak lol
wah cool nya!

Sekarang dah hampir sampai ke penghujung cuti pertengahan tahun. Of course lah cuti kali ni pun plan nak keluar. Berapa kali contact, berapa kali bincang, ada je halangan. Aku punya masalah: tak ada transport. Memang hampir-hampir nak putus harapan la keluar dengan kawan cuti ni. Ingatke memang dah impossible dah. Sobs sobs.. 

TETAPI! 
Yea, ada "tetapi" dia! 

Untungnya aku ni, aku mempunyai kawan-kawan yang sangat awesome yang menggunakan ke-awesome-an mereka untuk membuat sesuatu yang awesome dan hasilnya yang awesome adalah kitorang dapat jugak keluar dan enjoy dengan awesome-nya! Awesome tak? Ya, sangatlah awesome!

Semalam lepas Zuhur (kalau ikut plan, realitinya keluar pukul 3 lebih), aku, Nida, Emy dan Sarah keluar ke Shahbandar :D First time kitorang pergi Shahbandar. Aku dengan keluarga aku sendiri pun tak pernah pergi tau! well, tak termasuk masa pergi bazaar Ramadhan lah :P Biasanya kitorang pergi Giant, kadang-kadang Mydin. Pah ceroh tempat sama je. Kali ni kita tukar angin sikit.

Kudos Tc Rosidah (Nida's mom) for driving us there :) 

First agenda: Makan! 
Kitorang makan dekat kedai Killiney-Kopitiam, betul-betul depan pintu masuk Astaka. First time makan kat sini (Nida je parnah makan kat sini), and I'm impressed.

Sarah, mengamati menu.


Nida & laksa Singapore.
Aku dan Sarah order Chicken Chop, manakala Nida dan Emy order Laksa Singapore. Tak tahu keanapa semua sehati sejiwa tapi semua order air asam limau. Rupanya-rupanya air Afiera Limau Kasturi. Bakpe laa dok kabo awal-awal.

Personally, aku akan syorkan korang makan kat kedai ni. Eh tetiba jadi macam reviu restoran. Makanan sedap dan mengenyangkan, service bagus, tempat bersih dan selesa. I love the wooden furniture. Kat bahagian dalam ada air-cond, bahagian luar tak ada air-cond. Hahaha lawak hambar -___- Tapi pastikan bawak duit yang mencukupi lah. Makanan dia takde lah nak kata overly-priced, but still, standard kedai macam ni la.

Sambil makan, hujan pun turun. Sementara tunggu hujan reda, kitorang pun masuk Astaka. Pusing-pusing. Tak beli apa pun. Agak terganggu apabila ada pekerja asyik duk tengok kitorang. I'm like "Calm down, woman, we're not gonna steal anything!" but I guess you're just doing your job and what not.

Kemudian, bila hujan dah reda (tapi tak berhenti sepenuhnya lagi), kitorang pun jalan ke arah taman kat Shahbandar tu. Masa tu hujan rintik-rintik so sambil kita jalan kita nyanyi lagu hindustan. Ok just kidding. Lain kali la kot. 

Kat sana kitorang just jalan-jalan, enjoying the time spent together. Kadang tu awkward kot sebab jalan tanpa arah tujuan, dan tak tahu nak cakap pasal apa. But at least we're awkward together. :P

Sg. Terengganu. Spoil la org tgh wt date masuk gambar -__-
Me and Nida, my rockstar.

Me, Sarah and Nida. My face looks weirdly shaped here. LOL
Emy dan Sarah.
derpin'
Emy and I, in Nida's car, on the way back.


Nadia. Nida's little sister who still can't seem to pronounce my name correctly. To her, I'm Kak Fafia.

She insists that she was the fairest among all of us.

It was very fun. Rindu gila dekat korang. Selalu teringat masa rehat sama-sama dekat sekolah. Rutin harian yang tak boleh tinggal. 

Emy, Sarah, Nida, aku.
Semua dengan perangai masing-masing.
Sangat berbeza antara satu sama lain.
Emy yang selamba rock.
Sarah yang bersederhana tetapi awesome.
Nida yang macam senyap tapi sebenarnya tak senyap pun.
Aku yang cakap banyak c:
we make one great group of friends.
Korang sangat cool dan I love you guys. :')

Mudah-mudahan persahabatan ini akan kekal sampai ke tua. Lain kali kita hangout sama-sama lagi, insyaAllah.

Sofia, out. 



No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D