Friday, September 7, 2012

Bagaimana

Bagaimana rasa rindu boleh hadir
sedangkan saat-saat manis sudah lama berlalu
akan tetapi aku yakin dan pasti
bara cinta sudah lama terpadam
cuma tinggal debu-debunya
yang kadang kala tertiup ke arahku

Bagaimana rasa rindu boleh hadir
jika dahulu cinta bersilih ganti benci
namun marah selalu dibayangi sayang
apakah aku telah membohongi diri ini
adakah dia yang melukakan hatiku
atau adakah aku yang melukakannya sendiri

Bagaimana rasa rindu boleh hadir
meskipun aku lama lari darinya
rindu bagaikan bayang yang sentiasa mengekori
dan wajahmu kekal dalam ingatanku
biarpun masa kita hanyalah kenangan silam

Bagaimana rasa rindu boleh hadir
barangkali diriku langsung tidak melintasai fikiranmu
mungkin rasa rindu ini bukan baru hadir
tetapi ia tidak pernah pergi
dan aku yang baru menerima kenyataan.


wo xiang nian ni.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D