Friday, October 26, 2012

Dark thoughts

Sometimes happiness takes a rest
and darkness fill the spaces in my chest
dark thoughts come whispering
and I stay quiet, listening.

sometimes sunlight is a little too bright
and i seek refuge in darkness of the night
sometimes i feel lonely in company
and in solidarity i find serenity

sometimes dark thoughts echo in my head
no smile formed nor a tear shed
just an empty soul wanting serendipity
fighting the dark thoughts weakly

Thursday, October 25, 2012

Save Our Sea: Say No To Plastic!

Assalamualaikum w.b.t :D
salam rindu ;) 

Ah, I miss the tapping sound of the keyboard when I'm blogging.

Tak sempat nak update blog sebab busy dengan sekolah :/ Banyak sangat aktiviti! Tak putus-putus. Tapi takpe, sekarang tengah sibuk dengan aktiviti terakhir tahun ni, and I'm hoping to end the semester with something grand ;) 

Dengan Inovasi, Yo!

DIY ni satu reality show baru, alhamdulillah aku terpilih untuk masuk pertandingan/show ni bersama Shazreena, Alif, dan Sayuty. I would tell you more, but I can't for now.. Sorry :/
tapi korang boleh tengok rancangan ni kat TV3, setiap Jumaat, 6.30petang.
Terengganu episod ke-7.. See if you can catch me!
herpp derrppp publisiti murahan derpp herpp. :P

Selain itu, aku dapat re-contact kawan aku yang aku cuba nak contact selama 2 tahun more or less. Alhamdulillah, rasa macam ada satu pertanyaan terjawab. I think I got what I needed :)

Enough of that.

sekarang nak cerita pasal program Save Our Sea: Say No To Plastic!

Program ni bawah Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Universiti Malaysia Terengganu serta sponsor2 dari beberapa pihak hypermarket bertempat di Pulau Bidong pada 24-25 September 2012.

Memang dari dulu lagi nak buat program dekat Pulau Bidong dan alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga. Dahla program bukan sebarang program. Perghh.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya penggunaan plastik terhadap hidupan marin. Tahukan anda 100,000 hidupan marin mati setiap tahun akibat tercekik plastik ataupun masalah lain yang berkaitan dengan plastik?!

Aktiviti-aktiviti sepanjang program ni pun banyak memberi ilmu kepada pelajar-pelajar SESMA yang dipilih untuk menyertainya. Aktivi membuat lampu meja daripada bahan terbuang, snorkelling, malam sambutan hari raya, melawat perkampungan peninggalan pelarian Vietnam, bersihkan jeti... etc etc etc... Yang paling best snorkelling la, especially bagi yang first time tu... siap ada yang kena sengat obor-obor lagi. Untunglaa, hahaha!

Malam sambutan hari raya paling happening. Malam tu penuh dengan suka ria :D Karaoke, menari, and of course, the food! >;D 

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi dari Mentor 5, pelakon Amran Ismail (Abang Am) dan Abang Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia. Namun begitu tetamu terhormat kita tentulah Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang sanggup turun padang untuk bersama-sama dengan para peserta dalam program ini. Kami sangat kagum dengan beliau kerana beliau menunjukkan sikap rendah diri sepanjang masa bersama kami. Karaoke bersama-sama, siap tidur bersama pelajar lelaki di wakaf terbuka. Respect!

beneath the waves.

jellyfish.


Epiey and Firdaus, my right hand man ;P

Save Our Sea: Say No To Plastic!

SESMA & UMT :)

Chill. Adjust Bonda pasang benda kat asrama satu.

benda ni pun boleh hahaha

Hasil tangan pelajar SESMA. Udang, penyu, jerung (spesis mutant clash dengan tikus mondok), ikan buntal, obor-obor.

The boys with Abang Zed

Abang Zed and Abang Am

The boys with Abang Am

Arrival of our VVVVVVVVVVVVIP.

When it rains, take a picture like we ain't even mad. 
Aku mewakili pelajar SESMA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Yayasan Coral Malaysia (Shout out to Aunty Jam, Pengerusi Yayasan Coral Malaysia for being so awesome, p.s you rock ) and Universiti Malaysia Terengganu. Kami harap akan ada lagi program seperti ini yang melibatkan pelajar SESMA pada masa akan datang, insyaAllah :)

(^_____^)

Now I am at home :) Extended weekend for Aidiladha. Nanti naik sekolah sambng busy dengan DIY. Duk sekolah 4 hari, then off to KL! balik dari KL 7hb, pastu 8hb last day sekolah. *Partayy*

Alhamdulillah Peperiksaan Akhir Tahun dah habis. Paper SBP memang killer T____T tapi takpe, kita tunggu result *dupdapdupdap*

Korang doakan aku agar aku dapat masuk kelas depan next year, k? InsyaAllah...

Next year SPM :O
How time flies. tsk tsk tsk.

Oh, sebelum terlupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, InsyaAllah :)

Oh well, I guess that's it. Adios, beautiful creatures.