Sunday, November 18, 2012

Cuti-cuti di Padang, Indonesia.

Assalamualaikum w.b.t :)

So harini aku nak share sikit pengalaman masa bercuti di Padang, Indonesia. Awal-awal tu macam terkejut jugak sebab sangat sangat sangat sangatlah jarang kitorang sekeluarga pergi bercuti (tak termasuk cuti raya and all that lah). Biasanya kalau seorang ada hal outstation kat mana-mana, kadang-kadang yang lain ikut tapi kalau betul betul legit punya cuti sangat jarang. Ni first time kot!
Yeah, and it was the first time I have ever been to Indonesia.
So, enough with the chit-chat. Leggo!

10 November 2012.

Keluarga aku bertolak ke KL kira-kira pukul 3 petang. Kitorang sampai kat  KL lewat malam, then pitstop kejap kat rumah sepupu di Damansara.

11 November 2012.

Bertolak dari rumah sepupu pukul 4 pagi. Flight pukul 7.50pg. Naik Air Asia. Ada sorang flight attendant tu hensem sangat hahahahaha saje je bagitau :P Sampai kat Minangkabau International Airport, Padang pukul 8.00pg waktu Indonesia. Yep, flight 10 minit je, hahaha. Takdelah, Indonesia lewat satu jam dari Malaysia.
Kami disamut dengan hujan.

Kitorang disambut oleh Om (Uncle) Andre, yang merupakan bekas pelajar kat UMT dulu. Memang percutian ni tak akan berlaku kalau Om Andre tak ada untuk menguruskan semua semasa kitorang berada kat sana. Makasih ya, Pak Andre! :D


First foods in Indonesia. Karipap isi bihun, seriously.
Lepas settle luggage, kitorang keluar pergi restoran Rajawali untuk jumpa dengan Kak Enn (Endreyani), yang merupakan bekas pelajar ayah aku. Lama tak jumpa dia!

Live entertainement.
Add caption
Me holding Kak Enn's daughter, Liyana.
Cendol Indonesia lain dari cendol Malaysia. Sodap tau!

 Kemudian kitorang pergi ke pantai yang berdekatan. Buat pengetahuan korang, area ni terjejas masa tsunami dulu, tapi Alhamdulillah rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang terjejas dulu dah dibaikpulih :)



Gunung Padang Siti Nurbaya

mi familia
Lepas tu kitorang singgah kejap kat jambatan yang sambungkan mainland ke Gunung Padang Siti Nurbaya.

rumah lama Belanda



Entrance untuk ke Makam Siti Nurbaya

Lepas tu kitorang ke Pantai Air Manis, di mana terletaknya batu berbentuk kapal dan orang yang dipercayai sebagai Malin Kundang dan kapalnya. Ada satu je cara nak ke pantai tu, iaitu melalui jalan bukit yang sempit macam one-way tapi two-way, yang berliku-liku. Jauh weh, tak ingat berapa lama baru sampai. Tapi bila dah sampai macam, wow! Worth the trip. Aku tengok pun macam "WOW! Is this REAL? seriously?!?!" Korang tengok la sendiri.







My bro and I, next to Malin Kundang, or what is left of him.




 So, moral of the story is: Don't be ungrateful and respect your parents.

Sebab nak sampai tu jauh, kitorang chillax kejap kat sana.

people surf here

cool seats!


Kopi telur. Kopi + telur. seriously.

Kitorang dah letih sangat time tu sebab dari 3 pagi berjalan je. Tapi sebelum balik rumah Pak Andre, kitorang singgah kat kedai Es Durian! Time ni camera habis battery (lupa nak charge) so ada sikit je gambar. FYI, Es Durian ni macam ABC, tp rasa durian, dan ada isi durian dalam tu! Sedappp sangat. Rasa macam pengat durian pun ada.

This is how they prepare satay here. Kuah lain.

Abang eating es durian.
12/11/2012

Keesokan paginya, kitorang ke Universitas Bung Hatta. Parents nak lawat sekejap.


This isn't the university. It's something I saw along the way. Minangkabau architecture.


 Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi!
Singgah lunch kat tepi pantai, makan Nasi Sek. Sek tu maksud dia 100,000 Rp, iaitu harga nasi tu dulu-dulu. dah faham? hahaha. Nasi Padang, dia akan hidangkan semua lauk, lepas tu kita bayar yang mana kita makan je. Kalau nak makan, kena makan sampai habis, kalau tak, rugi. hahahahaha.


duduk kat pondok


LOOK AT ALL THE FOOD!
Perjalanan diteruskan. Dapat tengok macam mana kehidupan masyarakat sekeliling. Aku tidur dalam kereta, hahaha :P

Sampai ke kawasan Danau Maninjau, kitorang singgah kat Air Tigo Raso.


Air Tigo Raso ni menjadi tarikan pelancong sebab air ini dikatakan mempunyai tiga rasa, iaitu manis, masam dan pahit. Kolam kecil ini wujud sejak zaman penjajahan Jepun lagi! Orang ramai datang mengunjungi sini sebab air ini dipercayai dapat merawat penyakit, dan buat orang awet muda, "jika yakin pada Allah..." kata Makcik yang menyambut kehadiran kami di sana.

Aku rasa air tu, aku pun tak tau nak cakap apa. Aku rasa, berlainan orang, lain rasanya kot. Hahaha. Kalau berpeluang, rasa la.

bubbles.
Perjalanan masih jauh.








Dalam perjalanan, kitorang singgah kat Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka yang juga terletak di Nagari Sungai Batang, Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat.


SMKKGB pernah sampai sini beb! kau hado?

UMT pun pernah sampai la

Koleksi tongkat Buya Hamka

The man.


Rumah Minangkabau, sebelah .

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka
dan.. perjalanan diteruskan... lagi.. (sori tapi takda ayat lain dah)

since 1916.
 Haaa, kat sini start jalan "Lekuk 44". Jalan ni ada 44 liku dalam jarak 8 kilometer, dan turut menjadi tarikan pelancong. Setiap liku tu macam u-turn, selekoh maut, beb. Dahla jalan mendaki, jalan sempit, pastu ada pulak kenderaan yang turun dari atas. Pengalaman yang sangatlah dasyat dan agak menggerunkan.

dia letak nombor kat setiap lekuk





Yayyyy dah habis



sejuk!
 Ingatke lepas 44 liku tu terus sampai ke Bukit Tinggi. Rupa-rupanya jauh lagi! kira-kira maghrib sampai ke Bukit Tinggi. Lpeas check in kat hotel, kitorang ke Jam Gadang. Jam Gadang ni merupakan hadiah daripada Ratu Belanda kepada Controleur. Tak ingat dah yang lain tapi haritu terabaca kat papan info dia, salah satu bahan nak buat menara ini ialah putih telur! What! Hahaha! oh, ia didatangkan menaiki kapal. Macam mana agaknye boleh sampai ke Bukit Tinggi tu, aku tak boleh bayang.





 Lepas tu, shopping!


"Kami tak terima pasangan yang belum nikah. Allah yang melarang!" :)b

13 November 2012

Esok pagi, shopping lagi! Memang tempat ni tempat shopping, kan? Hahaha. Nasib baik lah Daddy pandai menawar.














Keropok Jangek. Made of Cow skin.

These are eels.


Lepas puas shopping kitorang pun beransur pulang ke rumah Pak Andre. Malam tu kitorang dinner dengan Pak Usman, dari Universitas Bung Hatta di salah satu restoran tepi pantai. Ikan Bakar kat restoran ni best gilaa, ikan fresh, bakar pun tak jadi kering. Memang perggghhh! Dahla ada meja yang boleh bersila. Sangat unik.

so Asian haha





Satisfaction Guaranteed!

Jus Indonesia ( buah naga + durian belanda )

14 November 2012

Bangun awal pagi, breakfast sekejap then terus ke airport. Sampai Malaysia pukul 9 pagi or so. Lepak rumah sepupu kejap then terus drive balik Terengganu. Sampai rumah sekitar 11 malam.

Habis cerita.
Told with brief explanations and a total of 85 pictures. NOT BAD.

Overall, I enjoyed the trip to Padang. Got to see and experience a lot of new things :)
In Shaa Allah the next big trip will be to Vietnam, in December.

Goodbye, sayangs! xoxo
ok, ew. sorry about that. haha



No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D