Saturday, November 24, 2012

DIY

Hi again! Asslamualaikum w.b.t ^_____^

Dalam post-post yang lepas, aku ada sebut pasal rancangan Dengan Inovasi, Yo! dan harini finale cerita tu baru tayang kat TV, which means, sekarang aku boleh kongsi dengan korang pasal benda ni. 

(benda dah lama berlaku jd x igt details :P)

bulan september, jeng jeng jeng....  

2 kumpulan dari SESMA mula buat persediaan untuk pertandingan DIY peringkat negeri. FYI, setiap peringkat negeri, ada dua sekolah, dan setiap sekolah hantar dua kumpulan. 2 x 2 = 4 . Ok that was unnecessary hahaha. 

Cabaran untuk negeri Terengganu ialah.... KEROPOK LEKOR! 

Skolah aku hantar kumpulan Redang, dan kumpulan Kapas. Cikgu nak nama yang mewakili negeri Terengganu gitu... Aku kumpulan Kapas.

Kumpulan Redang buat burger mini guna doh keropok lekor. Haaa, hebat dak? hebat la der! sodap pulak tu, fuhhh..

well whatever nevermind *Nirvana style*
So, moving on.. Kumpulan aku plak buat Keropok Lekor Finger Bites. Dengar nama pun dah hebat kann. Hahaha perasan lebih ew. Basically kitorang ambik keropok lekor, kitorang tebuk kat tengah, pastu kitorang letak sos kat tengah jadi macam filling. Tapi bukan tu saja! kitorang balut pulak dengan breadcrumbs yang membuatkan keropok tu rangup.. *crunch crunch crunch*

4 hari 4 malam duk gentel keropok kat sekolah tahu tak! Habis tangan bau ikan. Tapi takpe, demi sekolah, i sanggup. *romantik kejap*

Shooting selama 2 hari, hari pertama kat sekolah SHAMS, a.k.a sekolah lawan. hahaha. Semangat kitorang siapkan tempat kat sekolah, rupa-rupanya kena pergi sekolah lain dulu. Apa boleh buat, dah miscommunication. *geleng-geleng kelapa* Hari pertama shooting intro dan cheer dekat SHAMS. Lepas tu balik ke sekolah shoot cara-cara menyediakan keropok. Siap shooting time maghrib. Letih wehh.

Hari kedua lagi parokk. pukul 10.30 sampai kat Sumai Hotel kat bandar, terus start shoot. sepanjang hari, kalau tak shoot, duk terperap dalam waiting room yang sejuk gila x__x lebih lama menunggu dari shoot. Biasala, bergilir. Sampai kat sekolah pukul 8 malam lebih. Sangat sangat sangat sangatlah letih! Kesian kat Teacher kena tunggu sepanjang hari, takde keje, huhu. Lupa nak bagitau, Abang Zoey Rahman jadi host. He was cool btw :D

Yang kelakarnya kat Sumai ni, kitorang pakai baju macam waiter tau. Slacks hitam, kemeja dan vest. Salah sorang member aku ni, ada orang salah ingat dia pekerja kat hotel tu. Hahaha! 

resultnya, Kumpulan Kapas menang, yay! Walaupun kitorang dah tahu menang, kitorang tak boleh bagitau kat sesape pun sampai episod tu keluar. Top secret weh. sangatlah janggal bila orang tanya "dah, menang tak?" pastu jawab "err, tak tau result". Hahaha nasiblah kitorang pandai berlakon *tangan ke bahu mata ke atas*

tapi akhirnya orang lain dapat tahu jugak, masa sekolah dapat call pasal national levels. Tapi bukan kitorang yang pecahkan rahsia okay. Hahaha. 

Cabaran untuk national level ialah untuk "menjana sukarelawan untuk membanteras buli". Haa.. korang konpius tak? Kitorang memang konpius gila masa awal-awal dapat challenge tu. Ape yang dia nak pun taktau. Bila dah dapat penerangan baru faham.. nak buat kempen rupanya. Ohh, cakap awal-awal kan senang. haha jk. 

Masa nak sibuk buat DIY ni jugaklah masa nak Final Year Exam, oh no! Pagi exam, petang DIY, malam study. Lepas exam habis, pagi kelas, petang DIY, malam DIY. Kitorang pakat main prepare je apa yang boleh di-prepare-kan, hahaha. 

Kitorang cadang nak buat flashmob, guna lagu Syakira - waka-waka. Sebab nak buat video, Kitorang berlatih start hari Jumaat selepas orang siap solat Jumaat. petang tu baru belajar step, masa tu 6 orang. Malam tu start ajar orang lain, sampai pukul 11 malam. Tak stretching, habis kejang kaki. esok sambung lagi, adoii. Pagi pergi prep macam biasa. Petang tu, rehearse 2 kali then shoot video. Kitorang nari ramai-ramai depan dewan makan sekolah, yang merupakan tempat ibu bapa datang nak lawat anak-anak. Masa tu memang "peak hours". Saje nak buat nerik hahaha. Pasang lagu waka-waka kuat-kuat pakai speaker, kacau orang nak tido. Hahaha!

video


Nak ambik peluang ni untuk mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Filza, Amirulhusni, Azroy, Thaqif dan adik-adik kerana membantu kami menjayakan "flashmob" ni :P ada peluang kita buat lagi ye, hahaha.

so bla bla bla, tibalah masa nak pergi ke KL. Pergi KL naik van sekolah. Sampai-sampai terus check in dekat GoodHope Hotel, Kelana Jaya. Malam tu ada briefing oleh Miss Yan Shieh, dari crew DIY. Miss Yan Shieh ni baik sangat okay, rindu plak kat dia :( Malam tu jugak kite start kenal-kenal sikit dengan kumpulan dari negeri-negeri lain. 

keesokannya start shooting dekat Petaling Jaya. Awal pagi dah start. Lepas tu shooting and waiting. Q&A session, was ok kot. I wouldn't say terrible, tapi Q&A time state level kitorang ada rasa confident sikit. Judges suruh kitorang menari. Aku bukannya nak kisah sangat, tapi masa tu pakai skirt dan blazer okay. Choreography meloncat-loncat, nampak tak ke-huduh-an dia situ? hahahah. Dan bahagian tu lah diorang tayang kat TV -_____- bagus. 

Kitorang tak dapat masuk top 3, so kitorang tak dapat jalankan kempen. At least kitorang dapat masuk top 6! :D 

Hari keesokannya kitorang free. Apa lagi, shopping! Haha, untunglah hotel dekat dengan Paradigm Mall. Seharian duk kat sana, shopping then akhir dengan tengok wayang. Tengok cerita Sinister. Aku terjerit then teacher pukul aku sebab teacher terkejut hahahaha. Greusome movie btw. Check it out, if you like graphic brutal stuff. 
Beakfast at mamak's with Johor and Pahang teams

Hari lepas tu kitorang ke Fahrenheit 88, di mana kempen-kempen sekolah top 3 jalankan kempen. FYI, negeri-negeri yang dapat masuk Top 3 ialah Sarawak, Perlis and Perak. Lepas visit kempen diorang aku pergi lepak dengan sepupu aku yang tinggal dan kerja kat KL. Hehehe, berpisah dengan yang lain. Malam tu baru balik hotel. Stuck dalam traffic jam kira-kira dua jam, time hujan. Lepas tu serious pikir balik kalau nak duduk kat KL besar nanti, hahaha. Sebelum balik ke hotel singgah kat mamak berdekatan pekena Tom Yam panas, perghh! Bile la KT nak ada mamak. Boleh aku mamak-ing sokmo. sobs sobs. maybe someday! *positive thinking*
Sarawak's campaign. 

Keesokannya pulak, grand finale! Pagi duk chill dalam bilik je, petang pergi Konsert Anugerah Piala Cipta. Happening gila! Good music & great people! One section of the crowd were really hyped! hahaha. Peserta-peserta dapat front seats, which was awesome sebab kitorang sangat close dengan performers. Performers included Floor Fever, Electroxhot with their super awesome dance piece (you guys know I have a thing for dancers, right? ;) ), Tomok, Ila Damia, DJ Fuzz and a surprise, Altimet! My excitement levels went over the roof when they mentioned Altimet was there. Fangirl mode engaged! 

Add caption
So Perak won first place, bringing home RM50,000 while Sarawak and Perlis came in 2nd and 3rd respectively. It was a super fun night and on top of it all, I got to take a picture with Altimet! *insert fangirl squeal here*

(I didn't realize I switched into English :/)

So hari keesokannya (berapa kali dah guna ayat ni dalam post ni haha) kitorang balik ke sekolah. Sampai pukul 8 lebih. The next day dah last day sekolah, hahaha! rasa macam pergi sekolah buat cukup syarat je :P 

Macam tu la pengalaman dengan DIY ni. 

Hehe, selamat tinggal! ^_______^ 



















No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D