Wednesday, December 12, 2012

Vietnam trip

Assalamualaikum w.b.t

So Alhamdulillah baru-baru ni selamat pergi dan pulang dari Vietnam. Didn't really do much there, actually. Maybe next time :)

4hb Disember naik flight dari Terengganu ke KL. Tidur satu malam kat sana, then bangun awal pagi sebab flight ke Vietnam awal pagi. Dahla pagi tu bangun lewat. Pukul 6.30 pagi nak keluar, pukul 6.15 baru bangun. Hahaha, nasib sempat!

Sampai Ho Chi Minh tengah hari, lepas tu naik bas 3-4 jam ke Can Tho. Aku tidur dalam bas, berapa kalu terhantuk kepala, hampir tergigit lidah. -_______- Sepanjang jalan tu nampak sawah-sawah padi. Orang kat sana mengamalkan perkuburan mengikut keluarga. So, tengah-tengah sawah padi tu ada la kubur-kubur. LITERALLY dekat TENGAH-TENGAH. Ada nampak cafe-cafe tepi jalan letak hammock, which was a cool concept. Mama cakap sebab orang kat sana ramai yang pakai motor, jadi nak betulkan belakang. That makes sense. Imagine cafe tepi pantai yang sediakan tempat duduk hammock. Pergh, boleh jadi idea buka bisnes ni. Hahaha. Mana tau angan-angan jadi kenyataan, kan kan kan?

Malam tu pergi makan dekat satu restoran seafood. Vietnam food is freaking awesome btw! And that was probably the highlight of my stay in Can Tho, lol. Kat sana tak ramai boleh cakap English, jadi susah nak communicate. Jadi semua orang reka sign language olok-olok. Hahaha! Kalau tak paham angguk dan senyum je :3

Oh, btw, Gi Vietnam ni bukan nak cuti-cuti sesaje, tapi mengikut parents pergi International Fisheries Symposium 2012.
2 hari pergi IFS, dengar orang present pasal ikan, all day long. ~____~ nasib ada Twitter. Hehe :P

Malam last dekat Can Tho pergi dekat market yang tepi sungai. Got to taste some of the street food and fruits there. Buah ciku dia besar macam buah mangga beb! :O . Ada satu street food ni dia balut pulut kuning + pulut hitam + ubi (yang dipenyetkan or something) + gula + kacang + kelapa dalam dua keping lempeng. Lempeng ke hah nama dia, nipis gila, macam lempeng, maka lempeng lah dia, kan? k fine whatever. That was really good. :D

Hari kedua dekat IFS tu, masa tea time dia ada serve buah dengan kuih. Orang yang handle tu bagitau yang semua makanan kat symposium tu halal, so aku dan student UMT sorang ni makan la kuih tu. Bila sorang staff tanya orang vietnam dia kata kuih tu nama Pig Skin Cake. Kalau korang, korang bengang tak? -___- Jangan risau, kuih tu diperbuat daripada beras, and completely vegetarian. Phew.
Hello Ho Chi Minh

8hb Disember bertolak ke bandar Ho Chi Minh. Tidur dekat Dong Do.  Dekat sana banyak gila restoran Melayu dan orang Melayu datang melancong. Duk kat sana 2 kali kitorang makan dekat Restoran D'Nyonya, iaitu restoran yang memang merupakan branch dari Malaysia. Sedap pulak tu hehehe :3

malas nak rotate. maaf :P
Masjid di Dong Do
1 hari je duk kat sana, so tak sempat nak lawat banyak tempat. First kitorang pergi War Remnant Museum. Lawatan ke museum ni sangatlah emotional, memang aku tak tahan. Aku start menangis tak sampai 10 minit
lepas aku sampai kot ;___; cuba control sebab ramai orang, kalau tak memang nangis cam budak kecik dah aku. Sedih gila tengok. Sebak gila tengok gambar-gambar dari photographers yang pergi Vietnam War tu. It went on for 17 years!! The killing, the hardship, Agent Orange and it's after effects, it's just too overwhelming. Bersyukurlah negara kita tak berperang, alhamdulillah~

Lepas siap round museum tu pergi ke the oh-so-famous Ben Thanh market. Orang yang jual kat sana pandai cakap Melayu, sebab ramai pelancong Melayu datang. Haritu masa kat kedai ada jugak diorang cakap Jepun. That was kinda impressive. The market had some really cool stuff, but I got a really bad headache that day. Kedai dia agak sempit, and ramai gila orang kat situ. Penjual-penjual pulak they literally tap your shoulders and GRAB your arm and pull you to them. NOT EXAGGERATING O____O I kinda planned to scream "Don't touch me, I have a disease!" after that happened to me, lol.

Tak sempat nak pergi tengok water puppet, and ada museum lain. Abang-abang student UMT yang tolong tengokkan aku masa IFS pun cakap diorang pergi Taman Buaya. Awesome gila kot :( Oh well, maybe next time.

Dekat Vietnam ni, all the way from Ho Chi Minh to Can Tho and along the way, banyak gila produk kulit buaya, kulit ular, kulit pari, etc. Memang ekonomi orang situ, rasanya. Oh, and jalan kat sini sumpah 80% motor (sumber: pemerhatian dan anggaran menggunakan formula addmath lol jk). Jalan PENUH dengan motor, and serius tak paham sistem jalan dia. Nak lintas jalan senang je. Jangan pandang kanan kiri, pandang depan je, terus berjalan, jangan terhegeh-hegeh. Yang naik motor pun pakai helmet macam-macam style, siap ada bentuk macam cap Nike lagi, sumpah stylo, haha. Diorang pakai jugak face mask yang ada macam-macam design.

Malam last sebelum balik jalan-jalan dekat kawasan berdekatan hotel. Banyak kedai-kedai dan hotel-hotel. Banyak kedai-kedai yang jual baju-baju and Vietnamese handicrafts. Jalan-jalan lagi sampai ke area kedai-kedai branded. Window shopping je la, haha.
sori gambar blur. tapi nampak betapa hectic traffic tu kan?!

Almost all of the girls there are skinny, I mean I met at most 5 slighly chubby girls there. Not counting the aged, of course. They look so pretty in their Ao Dai, their traditional costume. They don't make big sized Ao Dai though, because that would basically be a punjabi dress lol. And of course I am too fat for Ao Dai :'( me creys. Oh, and just in case you were wondering, the guys there pun boleh tahan :P

So 9 Disember pagi flight back to KL, then malam flight balik Terengganu. :)

And now I am home sweet home, and I will be here until I go back to the hostel on 31st Disember.

 New Year's Eve and already in the hostel. How lovely. NOT.

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D