Thursday, April 30, 2015

Surat cinta sempena pengakhiran asasi.


Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan sebagai pelajar asasi. 


Kepada pensyarah-pensyarah ku, terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan, semoga ilmu yang disampaikan akan terus menjadi sedekah jariah yang tidak putus memberikan kalian pahala. Maaf juga dipinta seandainya aku telah mengguriskan hati kalian, atau aku tidak berjaya mencapai jangkaan kalian. 

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi menerima kehadiran diriku dalam kehidupan kalian. Terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasa kemanisan persahabatan yang sedikit sebanyak melarutkan kepahitan perjuangan. Andai sepanjang perkenalan kita terdapat perkara-perkara yang mengguris hati, aku memohon seribu keampunan. Aku doakan kalian  berjaya di dunia dan di akhirat. 

Semoga takdir menemukan kita kembali. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. InsyaAllah.
Yang ikhlas, Sofia Aizura

No comments:

Post a Comment

Thanks for commenting! :D